Perlembagaan

March 21st, 2017

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SEJARAH. GEOGRAFI DAN KELAB RUKUN NEGARA

1. Nama: Persatuan Sejarah dan Geografi SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

2. Alamat: Persatuan Sejarah dan Geografi

                    Pengerusi,

                    SMJK Perempuan China Pulau Pinang

                    2, Jalan Gottlieb

                    10350 Georgetown, Pulau Pinang.

3. Objektif

Tujuan Persatuan ini adalah untuk:

3.1 Melahirkan, memupuk serta menambahkan minat murid SMJK Perempuan China Pulau Pinang terhadap       sejarah negara, alam sekitar dan mempunyai nilai cinta akan negara.

3.2 Mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah seperti aktiviti kuiz, syarahan, seminar dan bengkel.

3.3 Mendedahkan murid kepada pengalaman yang tidak boleh didapati dalam bilik darjah seperti aktiviti lawatan.

3.4 Melatih murid-murid cara-cara mengendalikan sesebuah persatuan seperti

      3.4.1 Mengendalikan mesyuarat

      3.4.2 Merancang aktiviti persatuan

      3.4.3 Menyediakan belanjawan

      3.4.4 Mencari sumber kewangan

      3.4.5 Mengendalikan aktiviti persatuan

      3.4.6 Menulis laporan

4. Keahlian

4.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua murid SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

4.2 Tanggungjawab ahli:

       4.2.1 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan

       4.2.2 Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak mengikut perlembagaan

       4.2.3 Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk memastikan tiada penyelewengan

       4.2.4 Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah memberi sebab-sebab yang munasabah.

       4.2.5  Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab yang munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara automatik

5. Pentabiran

5.1 Penaung: Pengetua

5.2 Penasihat: Dilantik oleh sekolah

5.3: Ahli Jawatankuasa : Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa persatuan yang diadakan setiap tahun

5.4 Tugas dan tanggungjawab ahli jawatankuasa:

5.4.1 Pengerusi

  • Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
  • mengadakan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
  • Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
  • Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan dengan guru penasihat
  • Memastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat sambutan

5.4.2 Naib Pengerusi

  • Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab
  • Menggantikan pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika pengerusi tidak hadir

5.4.3 Setiausaha

  • Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli
  • Menyediakan laporan penggal tahunan kepada guru penasihat
  • Menguruskan surat menyurat
  • Menjemput ahli-ahli menghadiran mesyuarat

5.4.4 Penolong setiausaha

  • Menolong setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab

5.4.5 Bendahari

  • Mengutip wang sumbangan
  • Menyediakan satu rekod kutipan wang sumbangan
  • Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan
  • Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat
  • Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat

5.4.6 Ahli Jawatankuasa

  • Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti persatuan

6. Wang Sumbangan

Setiap ahli dikenakan wang sumbangan sebanyak RM 1.00 setahun

7. Kumpulan Wang

7.1 Kutipan Wang dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti persatuan

7.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain daripada mana-mana pihak

8. Mesyuarat

8.1Mesyuarat tahunan pada satu tarikh yang ditentukan oleh sekolah

8.2 Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau bila-bila masa diperlukan

8.3 Mesyuarat tahunan da mesyuarat-mesyuarat yang lain hendaklah dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat

8.4 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga daripada ahli hadir

8.5 Menghdiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

8.6 Pengumuman setiap masa mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan

8.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan dengan licin dan sempurna

9. Pindaan 

Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan atas nasihat Pengetua atau Guru Penasihat.

 

 

  • Comments(0)

Comments are closed.