Archive for the 'Report of activity' Category

PERJUMPAAN KALI KE-7 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang ketujuh pada hari Khamis, 25 MEI 2017 di Sentral College Pulau Pinang.

Pada pukul 7.45 pagi, ahli-ahli persatuan telah berkumpul di Sental College Pulau Pinang. Pada pukul 8.00pagi, kami telah mendaftar diri di college tersebut. Selepas itu, pihak penganjur telah memberi kami menonton video berkaitan dengan Heritage Penang. Kami diberi peta-peta berkaitan dengan Heritage Penang. Kemudian kami pun mula bermain permainan meneroka tempat-tempat Heritage Penang diiringi oleh seorang pensyarah. Kami telah mencari tempat-tempat heritage yang diberi dan telah menangkap gambar sebagai kenangan. Selepas itu, kami pulang ke Sentral College. Pemenang telah dianugerahi hadiah dan semua peserta diberi sijil. Kami diberi makan nasi ayam sebelum pulang. Pada pukul 1 petang, kami pun balik ke rumah masing-masing.

Aktiviti tersebut telah mengeratkan hubungan pelajar. Selain itu, pelajar juga telah menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman terhadap tempat-tempat Heritage di Penang.

Lampiran:

    

 

 

PERJUMPAAN KALI KE-6 [ GOTONG-ROYONG 2017] SESI PAGI

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang keenam pada hari Khamis, 20 APRIL 2017 di bilik gigi sekolah.

Tujuan penganjuran aktiviti gotong-royong adalah untuk memupukkan sikap bekerjasama dalam sahsiah pelajar-pelajar. Selain itu, hubungan antara pelajar akan bertambah erat. Aktiviti gotong-royong ini dapat memberikan kawasan persekitaran yang bersih dan selesa di bilik gigi.

Aktiviti gotong-royong tersebut telah disertai oleh ahli persatuan Geografi dan Sejarah. Ahli-ahli persatuan telah bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran di bilik gigi.

Gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:

Ahli-ahli persatuan sedang mengelap tingkap yang berhabuk.

Ahli-ahli bertungkus lumus melakukan aktiviti gotong-royong.

PERJUMPAAN KALI KE-5 ( SESI PAGI )

July 13th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang ketiga pada hari Khamis, 6 APRIL 2017 di Pavilion sekolah. Pada hari ini, kami telah membuat kuiz Rukun Negara yang diberikan oleh guru. Aktiviti tersebut boleh membolehkan pelajar lebih mengenai Rukun Negara. Selepas itu, guru telah membuat penjelasan terhadap soalan-soalan kuiz. Selain itu, kami juga belajar untuk menyanyi lagu Rukun Negara. Ahli-ahli bersurai pada pukul 3 petamg.

Gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:

PERJUMPAAN KALI KE-4 ( SESI PAGI )

July 13th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang keempat pada hari Khamis, 16 MAC 2017 di bilik gigi sekolah. Pada hari ini, kami telah belajar tentang negeri-negeri Malaysia. Kami telah belajar tentang kota-kota di negera Malaysia. Selepas cikgu mengajar, kami pun membuat kuiz tentang negeri-negeri Malaysia. Ahli-ahli bersurai pada pukul 3 petang.

PERJUMPAAN KALI KE-3 ( SESI PAGI )

July 13th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang ketiga pada hari Khamis, 23 Januari 2017 di bilik gigi sekolah. Pada hari ini, kami telah membuat ulangkaji subjek Sejarah. Hal ini demikian kerana peperiksaan telah menjelang. Kemudian, cikgu telah memberikan latihan Sejarah kepada kami. Cikgu telah memberi penjelasan kepada kami apabila kami menghadapi masalah dalam latihan tersebut. Ahli-ahli bersurai pada pukul 3 petang.

PERJUMPAAN KALI KEDUA ( SESI PAGI )

July 13th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kedua pada hari Khamis, 16 Februari 2017 di perpustakaan sekolah. Pada hari ini, ahli-ahli persatuan berkumpul di perpustakaan sekolah. Ahli-ahli telah mengubah lagu biasa kepada lagu patriotik. Hal ini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Ahli-ahli telah dikategori kepada 6 kumpulan untuk melakukan aktiviti tersebut.Pada pukul 3 petang, ahli-ahli pun bersurai.

PERJUMPAAN KALI PERTAMA ( SESI PAGI )

July 13th, 2017

Pada 19 JANUARI 2017 Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada hari Khamis, 19 Januari 2017 di Pavillion Sekolah. Pada tahun ini, guru penasihat sesi pagi bagi Persatuan Geografi Dan Sejarah merupakan Puan Hafeesha Md. Hamzah. Jumlah ahli pada tahun ini adalah sebanyak 12 orang. Dalam perjumpaan ini, kami telah melantikkan ahli jawantankuasa sesi pagi bagi persatuan ini.
Yang berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa sesi pagi:

PENGERUSI  :  KOAY YEE LING ( P5B )

NAIB PENGERUSI  :  BEH MEI ROU ( K3F )

SETIAUSAHA  :  YEOH TING TING ( P5B )

PENOLONG SETIAUSAHA  :  LIM ROU QIAN ( K3F )

BENDAHARI  :  SHANEEN ANG LI YIE ( S5J )

KETUA PROJEK HIJAU  :  LUANNE CHOONG BU JUNG ( S5H )

AHLI AJK  :  KOK YU XUAN ( S5J )

TAN VENIS ( S5J )

 

Kami telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada perjumpaan sepanjang tahun 2017. Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Lampiran :

         

Aktiviti Gotong-royong I 2017 (Sesi Petang)

February 25th, 2017

Seorang ahli persatuan sedang membantu seorang ahli membuang sampah ke dalam tong sampah.

Seorang ahli persatuan sedang menyapu lantai manakala seorang ahli bertanggungjawab mengumpul sampah yang disapu dengan menggunakan penadah sampah.

Seorang ahli sedang menyapu lantai supaya klinik gigi, iaitu tempat perjumpaan kami sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria.

 

Pada 16 February 2017, persatuan kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong di tempat perjumpaan kami, iaitu Klinik Gigi. Kami telah membersihkan sekitar Klinik Gigi supaya kami dapat belajar di kawasan yang bersih. Aktiviti ini telah menjalankan pada 11:20 pagi hingga 12:50 petang. Melalui aktiviti ini, ahli-ahli kami dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kami juga telah menyedari tentang kepentingan bertanggungjawab terhadap tempat yang kami belajar.

Tugas Perhiasan Papan Kenyataan Persatuan Geografi dan Sejarah [Sesi Pagi]

May 30th, 2016

13271648_845167802296494_8310639_o

Tiga orang ahli persatuan sedang menampal maklumat-maklumat tentang Sejarah dan Geografi pada papan kenyataan.

13288039_845167815629826_1698199846_o

Ahli-ahli persatuan sedang menampal barangan hiasan supaya papan kenyataan kelihatan kreatif.

13288109_845167745629833_1564203309_o

Tiga orang ahli persatuan sedang menrancang idea tentang maklumat yang ingin ditampal pada papan kenyataan.

13288463_845167782296496_1491415577_o

Ahli-ahli persatuan sedang mengemas dan menghias maklumat pada papan kenyataan supaya kelihatan kemas.

Pada 26 Mei 2016, ahli-ahli persatuan kami telah bekerjasama mencari maklumat untuk mengemaskinikan papan kenyataan. Aktiviti ini telah bermula pada 1:30 petang hingga 3:00 petang. Melalui aktiviti ini, hubungan antara ahli-ahli telah dieratkan dan idea kami juga menjadi lebih kreatif.

 

(I-THINK)

April 9th, 2015

IMG-20150405-WA0000 IMG-20150405-WA0007 IMG-20150405-WA0006 IMG-20150405-WA0008

Pada hari 26 Mac 2015, cikgu memperkenalkan cara-cara untuk membuat peta minda.Seterusnya, cikgu membimbing kami melukis peta minda.Aapbila menghadapi kesusahan, kami juga turut menanyakan kepada cikgu.

« Prev - Next »