Archive for the 'Report of activity' Category

PERJUMPAAN KALI KE-8 (SESI PAGI)

June 6th, 2018

PERJUMPAAN KALI KELAPAN ( SESI PAGI)

Pada 31 MEI 2018, Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang kelapan pada hari Khamis di bilik mesyuarat. Pada hari ini, kami menghadiri seminar “Write Your Heritage, Tomorrow !” yang diberikan oleh seorang murid yang bernama Rebecca Yeoh Yao Xia.Dia sedang belajar di King’s College London. Dalam seminar ini, kami mengetahui dan mempelajari keunikan dan keistimewaan Pulau Pinang. Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Tajuk seminar.

Ahli-ahli menumpukan perhatian semasa seminar dijalankan.

Ahli-ahli sedang menyiapkan tugas yang diberi semasa seminar.

Hasil kerja yang disiapkan oleh ahli-ahli.

Group photo

PERJUMPAAN KALI KEENAM ( SESI PAGI )

April 13th, 2018

PERJUMPAAN KALI KEENAM ( SESI PAGI )
Pada 12 APRIL 2018, Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang keenam pada hari Khamis di bilik mesyuarat. Pada hari ini, kami menghadirkan seminar “Creativity Bowl” yang dianjurkan oleh KDU. Dalam seminar ini, kami menjalankan satu aktiviti yang menarik, iaitu membina roller coaster dengan menggunakan hanya gunting dan 50 straw.  Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Ahli-ahli mengambil gambar dengan roller coaster yang dicipta oleh mereka.

Roller coaster yang dicipta oleh ahli-ahli persatuan.

Ahli yang hadir : 18/19

PERJUMPAAN KALI KELIMA ( SESI PAGI )

April 13th, 2018

PERJUMPAAN KALI KELIMA ( SESI PAGI )
Pada 29 MARCH 2018, Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang kelima pada hari Khamis di bilik b8. Pada hari ini, kami menjalankan aktiviti Rukun Negara. Dalam tugas ini, semua ahli melaksanakan kewajipan mereka dengan penuh dedikasi. Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Perbincangan dilakukan semasa Aktiviti Rukun Negara dijalankan.

Ahli menyampaikan idea mereka.

Ahli-ahli sedang memberikan penjelasan tentang hasil perbincangan mereka.

Ahli yang hadir : 18/19

PERJUMPAAN KALI KEEMPAT ( SESI PAGI )

April 13th, 2018

PERJUMPAAN KALI KEEMPAT ( SESI PAGI )
Pada 15 MARCH 2018, Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang keempat pada hari Khamis di bilik b8. Pada hari ini, guru penasihat sesi pagi bagi Persatuan Geografi Dan Sejarah Puan Hafeesha Md. Hamzah memberikan semua ahli satu tugas yang menarik, iaitu mencipta logo persatuan. Dalam tugas ini, semua ahli melaksanakan kewajipan mereka dengan penuh dedikasi. Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Ahli sedang menyampaikan logo persatuan yang dicipta semasa perjumpaan kali ke-4.

Ahli sedang memberikan penjelasan tentang logo yang dicipta.

Ahli yang hadir : 18/19

PERJUMPAAN KALI KETIGA ( SESI PAGI )

April 13th, 2018

PERJUMPAAN KALI KETIGA ( SESI PAGI )
Pada 8 FEBRUARI 2018, Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang ketiga pada hari Khamis di bilik b8. Pada hari ini, guru penasihat sesi pagi bagi Persatuan Geografi Dan Sejarah Puan Hafeesha Md. Hamzah memberikan semua ahli satu tugas yang menarik, iaitu mencipta lagu serta mengubah lirik . Dalam tugas ini, semua ahli bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Ahli yang hadir : 16/19

Ahli sedang menyanyi lagu yang dicipta semasa perjumpaan kali ke-3.

PERJUMPAAN KALI KEDUA ( SESI PAGI )

April 13th, 2018

PERJUMPAAN KALI KEDUA ( SESI PAGI )
Pada 25 JANUARI 2018, Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang kedua pada hari Khamis di bilik b8. Pada hari ini, guru penasihat sesi pagi bagi Persatuan Geografi Dan Sejarah Puan Hafeesha Md. Hamzah memberikan semua ahli satu tugas yang menarik, iaitu menjawab kuiz. Dalam kuiz ini, semua ahli harus memberikan fakta tentang Malaysia. Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Ahli yang hadir : 14/19

PERJUMPAAN KALI PERTAMA ( SESI PAGI )

April 4th, 2018

PERJUMPAAN KALI PERTAMA ( SESI PAGI )
Pada 18 JANUARI 2018 Persatuan Geografi dan Sejarah (sesi pagi) telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada hari Khamis, 18 Januari 2017 di bilik jahitan. Pada tahun ini, guru penasihat sesi pagi bagi Persatuan Geografi Dan Sejarah merupakan Puan Hafeesha Md. Hamzah. Jumlah ahli pada tahun ini adalah sebanyak 19 orang. Dalam perjumpaan ini, kami telah melantikkan ahli jawantankuasa sesi pagi bagi persatuan ini.
Yang berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa sesi pagi:

PENGERUSI : EMILY EWE XIN YI ( S5A)

NAIB PENGERUSI : YEAP HOAY FANG (K3C)

SETIAUSAHA : LIM YI SIEN (S5F)

BENDAHARI : CELINE LIM JIA SHYUEN (S5F)

KETUA DISIPLIN : LYNETTE HO ZHI NING (S5E)

KETUA PROJEK HIJAU : TEO TZE ERN (S5G)

Kami telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada perjumpaan sepanjang tahun 2018. Kemudian ahli-ahli bersurai pada pukul 3.00 pm.

Ahli yang hadir : 18/19

PERJUMPAAN KALI KE-10 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kesepuluh pada hari Khamis, 13 Julai 2017 di bilik B8 sekolah.

Taklimat mengenai Program Arkeologi Muda ( Fort Cornwallis ) diberikan oleh Dr.Goh Hsiao Mei, seorang ahli arkeologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Encik Wong Jun Yi, Eksekutif Progam daripada Think City Sdn.Bhd.

Program ini ingin mendedahkan kepada pelajar yang serumur antara 10-17 tahun tentang proses gali cari secara praktikal di tapak Fort Cornwallis.

Peserta-peserta akan dibimbing oleh ahli arkeologi yang profesional daripada USM.

Ahli-ahli Persatuan Sejarah Dan Geografi berminat untuk menyertai dan akan mendaftar atas talian untuk program tersebut.

Lampiran:

Dr.Goh Hsiao Mei dan Encik Wong Jun Yi sedang memberi pelajar-pelajar melihat benda yang digali dari Fort Cornwallis.

 

Guru penasihat Persatuan Geografi Dan Sejarah sesi pagi dan sesi petang telah menghadiri taklimat daripada Dr.Goh Hsiao Mei dan Encik Wong Jun Yi.

Ahli-ahli Persatuan Geografi dan Sejarah juga menghadiri taklimat tersebut.

Sesiapa yang berminat dalam aktiviti tersebut boleh mendaftar atas talian. Aktiviti ini akan diadakan di Fort Cornwallis pada 19 dan 26 Ogos 2017.

 

PERJUMPAAN KALI KE-9 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kesembilan pada hari Khamis, 6 Julai 2017 di perpustakaan sekolah. Pada hari ini, kami telah membawa bahan maklumat tentang maklumat Heritage Penang yang dicari dari rumah ke perpustakaan. Selepas itu, kami bergilir-gilir untuk berkongsi maklumat yang dicari. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar. Aktiviti tersebut juga membolehkan pelajar mengetahui kegemilangan negeri Penang yang mempunyai banyak tempat bersejarah dan kian terkenal di seantero dunia.

Gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:

PERJUMPAAN KALI KE-8 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kelapan pada hari Khamis, 15 Jun 2017 di perpustakaan sekolah. Pada hari ini, ahli-ahli persatuan membaca rujukan di perpustakaan sekolah. Selepas itu, kami membuat peta i-think di bawah bimbingan guru. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memudahkan pelajar belajar dengan mudah dengan adanya peta i-think. Ahli-ahli bersurai pada pukul 3 petang.

Next »