PERJUMPAAN KALI KE-9 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kesembilan pada hari Khamis, 6 Julai 2017 di perpustakaan sekolah. Pada hari ini, kami telah membawa bahan maklumat tentang maklumat Heritage Penang yang dicari dari rumah ke perpustakaan. Selepas itu, kami bergilir-gilir untuk berkongsi maklumat yang dicari. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar. Aktiviti tersebut juga membolehkan pelajar mengetahui kegemilangan negeri Penang yang mempunyai banyak tempat bersejarah dan kian terkenal di seantero dunia.

Gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.