PERJUMPAAN KALI KE-10 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kesepuluh pada hari Khamis, 13 Julai 2017 di bilik B8 sekolah.

Taklimat mengenai Program Arkeologi Muda ( Fort Cornwallis ) diberikan oleh Dr.Goh Hsiao Mei, seorang ahli arkeologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Encik Wong Jun Yi, Eksekutif Progam daripada Think City Sdn.Bhd.

Program ini ingin mendedahkan kepada pelajar yang serumur antara 10-17 tahun tentang proses gali cari secara praktikal di tapak Fort Cornwallis.

Peserta-peserta akan dibimbing oleh ahli arkeologi yang profesional daripada USM.

Ahli-ahli Persatuan Sejarah Dan Geografi berminat untuk menyertai dan akan mendaftar atas talian untuk program tersebut.

Lampiran:

Dr.Goh Hsiao Mei dan Encik Wong Jun Yi sedang memberi pelajar-pelajar melihat benda yang digali dari Fort Cornwallis.

 

Guru penasihat Persatuan Geografi Dan Sejarah sesi pagi dan sesi petang telah menghadiri taklimat daripada Dr.Goh Hsiao Mei dan Encik Wong Jun Yi.

Ahli-ahli Persatuan Geografi dan Sejarah juga menghadiri taklimat tersebut.

Sesiapa yang berminat dalam aktiviti tersebut boleh mendaftar atas talian. Aktiviti ini akan diadakan di Fort Cornwallis pada 19 dan 26 Ogos 2017.

 

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.