PERJUMPAAN KALI KE-7 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang ketujuh pada hari Khamis, 25 MEI 2017 di Sentral College Pulau Pinang.

Pada pukul 7.45 pagi, ahli-ahli persatuan telah berkumpul di Sental College Pulau Pinang. Pada pukul 8.00pagi, kami telah mendaftar diri di college tersebut. Selepas itu, pihak penganjur telah memberi kami menonton video berkaitan dengan Heritage Penang. Kami diberi peta-peta berkaitan dengan Heritage Penang. Kemudian kami pun mula bermain permainan meneroka tempat-tempat Heritage Penang diiringi oleh seorang pensyarah. Kami telah mencari tempat-tempat heritage yang diberi dan telah menangkap gambar sebagai kenangan. Selepas itu, kami pulang ke Sentral College. Pemenang telah dianugerahi hadiah dan semua peserta diberi sijil. Kami diberi makan nasi ayam sebelum pulang. Pada pukul 1 petang, kami pun balik ke rumah masing-masing.

Aktiviti tersebut telah mengeratkan hubungan pelajar. Selain itu, pelajar juga telah menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman terhadap tempat-tempat Heritage di Penang.

Lampiran:

    

 

 

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.