Archive for July 14th, 2017

PERJUMPAAN KALI KE-10 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kesepuluh pada hari Khamis, 13 Julai 2017 di bilik B8 sekolah.

Taklimat mengenai Program Arkeologi Muda ( Fort Cornwallis ) diberikan oleh Dr.Goh Hsiao Mei, seorang ahli arkeologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Encik Wong Jun Yi, Eksekutif Progam daripada Think City Sdn.Bhd.

Program ini ingin mendedahkan kepada pelajar yang serumur antara 10-17 tahun tentang proses gali cari secara praktikal di tapak Fort Cornwallis.

Peserta-peserta akan dibimbing oleh ahli arkeologi yang profesional daripada USM.

Ahli-ahli Persatuan Sejarah Dan Geografi berminat untuk menyertai dan akan mendaftar atas talian untuk program tersebut.

Lampiran:

Dr.Goh Hsiao Mei dan Encik Wong Jun Yi sedang memberi pelajar-pelajar melihat benda yang digali dari Fort Cornwallis.

 

Guru penasihat Persatuan Geografi Dan Sejarah sesi pagi dan sesi petang telah menghadiri taklimat daripada Dr.Goh Hsiao Mei dan Encik Wong Jun Yi.

Ahli-ahli Persatuan Geografi dan Sejarah juga menghadiri taklimat tersebut.

Sesiapa yang berminat dalam aktiviti tersebut boleh mendaftar atas talian. Aktiviti ini akan diadakan di Fort Cornwallis pada 19 dan 26 Ogos 2017.

 

PERJUMPAAN KALI KE-9 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kesembilan pada hari Khamis, 6 Julai 2017 di perpustakaan sekolah. Pada hari ini, kami telah membawa bahan maklumat tentang maklumat Heritage Penang yang dicari dari rumah ke perpustakaan. Selepas itu, kami bergilir-gilir untuk berkongsi maklumat yang dicari. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan pelajar. Aktiviti tersebut juga membolehkan pelajar mengetahui kegemilangan negeri Penang yang mempunyai banyak tempat bersejarah dan kian terkenal di seantero dunia.

Gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:

PERJUMPAAN KALI KE-8 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang kelapan pada hari Khamis, 15 Jun 2017 di perpustakaan sekolah. Pada hari ini, ahli-ahli persatuan membaca rujukan di perpustakaan sekolah. Selepas itu, kami membuat peta i-think di bawah bimbingan guru. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memudahkan pelajar belajar dengan mudah dengan adanya peta i-think. Ahli-ahli bersurai pada pukul 3 petang.

PERJUMPAAN KALI KE-7 ( SESI PAGI )

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang ketujuh pada hari Khamis, 25 MEI 2017 di Sentral College Pulau Pinang.

Pada pukul 7.45 pagi, ahli-ahli persatuan telah berkumpul di Sental College Pulau Pinang. Pada pukul 8.00pagi, kami telah mendaftar diri di college tersebut. Selepas itu, pihak penganjur telah memberi kami menonton video berkaitan dengan Heritage Penang. Kami diberi peta-peta berkaitan dengan Heritage Penang. Kemudian kami pun mula bermain permainan meneroka tempat-tempat Heritage Penang diiringi oleh seorang pensyarah. Kami telah mencari tempat-tempat heritage yang diberi dan telah menangkap gambar sebagai kenangan. Selepas itu, kami pulang ke Sentral College. Pemenang telah dianugerahi hadiah dan semua peserta diberi sijil. Kami diberi makan nasi ayam sebelum pulang. Pada pukul 1 petang, kami pun balik ke rumah masing-masing.

Aktiviti tersebut telah mengeratkan hubungan pelajar. Selain itu, pelajar juga telah menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman terhadap tempat-tempat Heritage di Penang.

Lampiran:

    

 

 

PERJUMPAAN KALI KE-6 [ GOTONG-ROYONG 2017] SESI PAGI

July 14th, 2017

Persatuan Geografi dan Sejarah telah mengadakan perjumpaan yang keenam pada hari Khamis, 20 APRIL 2017 di bilik gigi sekolah.

Tujuan penganjuran aktiviti gotong-royong adalah untuk memupukkan sikap bekerjasama dalam sahsiah pelajar-pelajar. Selain itu, hubungan antara pelajar akan bertambah erat. Aktiviti gotong-royong ini dapat memberikan kawasan persekitaran yang bersih dan selesa di bilik gigi.

Aktiviti gotong-royong tersebut telah disertai oleh ahli persatuan Geografi dan Sejarah. Ahli-ahli persatuan telah bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran di bilik gigi.

Gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan:

Ahli-ahli persatuan sedang mengelap tingkap yang berhabuk.

Ahli-ahli bertungkus lumus melakukan aktiviti gotong-royong.